IMBANGAN HABA
ia merujuk kepada keseimbangan yang berlaku antara bahangan matahari yang masuk ke sistem bumi dan atmosfera dengan jumlah bahangan bumi yang dibebaskan semula ke angkasa. Imbangan haba merupakan perbandingan antara sinaran matahari yang masuk dengan sinaran matahari yang keluar .Tidak semua sinaran matahari yang memasuki sistem atmosfera akan tiba ke permukaan bumi. Ada yang diserap, diserak, dipantul oleh pelbagai juzuk dan unsur dalam atmosfera tersebut. Begitu juga dengan sinaran bumi, bukan semua akan terlepas ke angkasa . Ia juga akn melalui proses yang sama dengan sinaran matahari. Peringatan juga dimana imbangan haa dan bajet haba adalah dua keadaan yang berbeza.
PROSES PEMINDAHAN HABA
Terdapat 4 proses pemindahan haba iaitu..
!)PROSES PANTULAN
Semasa proses ini berlaku, bahangan matahari yang datang ke permukaaan bumi akan terkena pada partikel-partikel yang berada di atmosfera bumi dan menyebabkan sebahagiannya akan dipantulkan semula ke angkasa secara menegak. pembalikan yang berlaku tidak menyebabkan perubahan terhadap jarak gelombang.oleh itu kitadapat melihat kadang-kala langit akan berwarna merah dan ini menandakan banyak pertikel terampai di angkasa dan partikel-partikel tersebut sedang memantulkan semula bahangan matahari yang melauinya. Pembalikan cchaya juga dipnggil albedo dan ia memantulkan sebanyak 0.3% daripaada 100% cahaya yang datang dari matahari.Albedo sangat berkait rapat dengan proses pantulan ini. Albedo ditakrifkan sebagai darjah keputihan atau kecerahan sesuatu permukaan bumi. Konsep albedo adalah semakin cerah sesuatu permukaan bumi maka semakin tinggi jumlah sinaran matahari yng akan dipantulkan. oleh itu , albedo sebenarnya ialah nisbah antara cahaya yang dipantul dengan cahaya yang diterima oleh permukaan bumi. Nilai albedo berbeza-beza antara tempat-tempat berlainan bergantung kepada sifat-sifat permukaan bumi tersebut.
2.)PROSES SERAKAN
Proses ini sangat berkait rapat dengan molekul-molekul yang terdapat di atmosfera bumi. Molekul-molekul tersebut terdiri daripada habuk, kabus dan aerosol. Apabila cahaya sampai , ia akan diserap oleh molekul-molekl yang ada di atmosfera bergantung kepada molekul yang ada dan jarak gelombang. Proses ini sangat bergantung kepada jarak pancaran matahari yang masuk ke atmosfera. Hal ini kerana ad jarak gelombang yang tidak sampai ke bumi oleh itu kita hanya boleh melihat awan berwarna merah sahaja pada waktu senja. Jarak gelombang merah tidak mudah diserap dan salah satu contoh cahaya namapk ialah cahaya lampu suluh. Selain itu,saiz molekul juga menjadi faktor kepada proses serakan. Harus diingat bahawa proses ini sangat bergantung kepada jenis molekul, jarak gelombang dan saiz molekul.3)PROSES SERAPAN
Dalam proses ini , molekul air sanagt penting. Harus diingat bahawa proses ini sangat bergantung kepada jenis molekul dan jenis jarak gelombang. Untuk menapis pancaran cahaya keras seperti gama ray, uv dan radiowave, cahaya ini mesti diserap oleh material yang ada di atmosfera untuk mengelakkan ia sampai ke permukaan bumi. Hal ini kerana pancaran cahaya keras sangat berbisa kepada manusia dan hidupan lain di permukaan bumi. Penyerapan ini menyebabkan atmosfera bumi menjadi panas. Proses serapan hanya berlaku di lapisan troposfera (permukaan bumi), stratosfera (bahagian tengah) dan termosfera (paling atas ).
PERUBAHAN SUHU BUMI SEMULAJADI
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi suhu bumi. Hal ini kerana purata suhu bumi setiap tahun adalah berbeza. Hal ini dipengaruhi oleh
1)JARAK BUMI DARI MATAHARI
Perbezaan jarak bumi yang sedikit menjauhi matahari amat mempengaruhi suhu bumi. Walaupun bezanya hanya sedikit tetapi amat mempengaruhi suhu bumi sama ada naik atau pun turun. Kitaran ini akan berlaku 1000000 tahun sekali dan ia pernah berlaku suatu ketika dahulu dan pada masa itu ia dikenali sebagai zaman ais. Pasa zaman ini, semua tempat akan menjadi bertambah sejuk dan ketebalan ais di kutub semakin bertambah. Keadaan yang paling bahaya ada dimana permukaan bumi dipenuhi ais batu.
2)PAKSI BUMI SENDIRI DAN KECONDONGAN BUMI
Hal ini berkaitan dengan darjah bumi yang berpusing di atas paksinya semasa mengelilingi matahari. Keadaan ini akan berlaku selama 11000 tahun sekali. Apabila paksi bumi menghadap matahari semasa proses tersebut, bumi akan berad sangat hampir dengan matahari pada bulan july. Hemisfer utara akan mengalami musim panas pad masa tersebut. keadaan akan terbalik jika paksi bumi menjauhi matahari. Bumi akan menghampiri matahari pada bulan januari dan pada masa itu, hemisfera utara akan mengalami musim sejuk. Keadaan akan kembali pulih seperti keadaan paksi bumi pada hari ini akan mengambil masa selama 23000 tahun untuk pulih. Sebagai contoh, suatu masa dahulu, Ipoh pernah mengalami keadaan dimana ia diliputi oleh lautan dan batuan yang ada sekarang adalah hasil daripada batu karang yang telah mati akibat zaman interglasier. Apabila glasier cair, ia boleh menengelamkan permukaan daratan bumi. Perubahan semulajadi bumi menyebabkan semua ini terjadi. Purata suhu bumi asalnya ialah 15'C.